Friday, May 23, 2014

Semua wanita tidak suka dimarahi oleh pasangannya.. Suara yang tinggi dan kata2 yang kasar dilontar pada wanita umpama peluru yang menembusi hatinya!

Maka, jadilah lelaki yang baik tutur katanya, menyenangkan suaranya, namun tegas bukan lemah tak berpendirian hingga menyebabkan wanita hilang keyakinan pada kita!

*Jadi lelaki perlu tenang-tenang sahaja dan tidak beremosi bila bercakap.
Allah.. 
Jagakan hatinya, jangan Kau biarkannya kosong tanpa peringatan dariMU.

Jagakan hidupnya, agar lenanya dalam ketenangan, dan bangun paginya dengan ketabahan.

Allah, aku di sini hanya mampu doakan dirinya. Kerana jarak ini, aku yakin Engkau sebaik-baik penjaga untuknya.

*Gerakkan hatinya akan kehadiran aku dari kejauhan. Yakinkah dirinya jangan terima cinta sesiapa selagi ia bukan jodoh dari Allah Maha Pencinta.

Thursday, May 22, 2014

sana sini isu panda..panda...HAHA..

Memandangkan sekarang orang ramai sibuk memperkatakan isu panda ,nahh..moh la kita rehat seketika dgn Panda supaya lebih pandai ber-peribahasa..HAHA

"Tuntutlah panda, walau ke negeri China"


"Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua".

"Carik-carik bulu panda, akhirnya bercantum jua"

"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda belang..."

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda"

"Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

"Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 72 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"

"Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful"

"Buah cempedak di luar pagar, amik panda tolong jolokkan"

"Jika tiada panda,masakan pokok bergoyang"

"Terbakar kampung nampak asap, Terbakar zoo panda pun mati"

Saturday, February 22, 2014

Bila kami salah....

Seorang perempuan, bila kena tengking, kena maki, kena marah hari-hari pun masih boleh memaafkan. Masih boleh hidup dengan orang yang macam tu walaupun setiap hari menangis sebab orang tu. Tapi sampai suatu saat dia terpaksa pergi, bukan sebab dia sudah tak sayang orang itu lagi tapi sebab luka dihatinya sudah semakin parah dan tidak tertanggung lagi dah, nak ajar perempuan kenalah ajar dengan lemah lembut. Bila dia tersalah, betulkan dengan elok. Jangan tengking-tengking, dia pun manusia biasa yang ada perasaan..kesian kan, dengan mak abah dia pun tak pernah kena tengking macam tu, Wahai Adam, jangan tarbiyyah perempuan kasar-kasar sebab ia akan mendorong dia untuk jadi kasar. Rasulullah tak pernah ajar tengking-tengking..aku dan mereka perempuan, ada kelemahan..kalau tak boleh terima kelemahan kami, at least cubalah fahami kami.. sebab nanti pun si Adam akan hidup dengan Hawa juga kan ?

Tuesday, February 18, 2014

Apa ada pada MAAF dan TERIMA KASIH?

Ucapkanlah maaf jika kita salah. Ucapkan maaf sekalipun jika kita betul. Ucapkan maaf jika kita tak pasti. Tidak tercalar sedikit pun maruah kita jika kita ucapkan kata maaf. Malah, hanya dengan perkataan maaf, tingginya budi pekerti kita di mata dan di hati orang lain.

Ucapkanlah terima kasih walau hanya untuk jasa sekecil zarah, apatah lagi untuk pengorbanan setinggi langit. Tidak perlu emas di bayar emas, cukup sekadar kata azimat sebagai tanda penghargaan menunjukkan betapa kita menghargai dia. Cukup itu sahaja.

Belajarlah mengalah, belajarlah menghargai, belajarlah menghormati. Cukup kita hormati dia sebagai seorang yang punya hati dan perasaan.

Wednesday, January 15, 2014

Kenapa EGO tu perlu ada pada kita?

"Perempuan...memang keras kepala. Kadang-kadang ego perempuan tu lebih dahsyat dari ego lelaki. Kadang dia rasa dia je semua betul. Orang lain semua salah. Kadang-kadang dia nak suruh jugak orang kata dia betul walaupun dia memang salah.Kadang-kadang bila orang tegur dia, mudah sangat dia ambik hati, kecik hati, berasa hati. Kadang dia ingat bila orang tegur dia tu maknanya orang tu tak suka dia.
Dan dia hanya akan dengar cakap serta tahu bahawa orang yang tegur dia tu sebenarnya sebab sayang dia bila benda yang orang nasihat tu betul-betul dah terjadi pada dia. Something like 'jatuh ditimpa tangga'.
Erm. Tak leh la macam tu. Yang salah tu tetap salah. Orang nasihat sebab orang ambil berat tentang awak. Orang risau kalau jadi apa-apa pada awak. Mungkin cara orang tu bagi nasihat tu agak kasar. Tapi sebenarnya dia sayang pada awak. Kalau dia tak sayang, dia tak tegur dan nasihat awak.